:: Apa Maksud Full Loan? ::

:: Apa Maksud Full Loan? ::

:: APA MAKSUD FULL LOAN? ::

Ramai tanya dan PM admin.

"Apa maksud full loan ye?"

Ada juga yg confuse tgh jalan

"Saya dah masuk loan. Loan dah lepas. Tapi lepas tu agent dan lawyer minta bayaran utk guaman dan fee agent. Awal-awal dulu iklan cakap full loan. Kenapa saya kena bayar pula?"

FULL LOAN tu maksudnya anda tidak perlu keluarkan 10% deposit sahaja tetapi anda masih perlu ready 5-7% dari harga rumah untuk legal fee, penilai dan consent (andai perlu)

Untuk pengetahuan anda,mungkin anda tak sedar atau mmg tak tahu,setiap pembelian rumah memamg wajib ada 10% deposit. Ikut undang-undang. Booking sahaja anda perlu ada 3.18% dan selebihnya 6.82% harus dibayar ketika tandatangan Perjanjian Jual Beli rumah atau Sales and Purchase Agreement (SPA).

Seandainya ada iklan jual rumah dengan tawaran seperti:

LOW DEPOSIT - anda tidak perlu deposit sehingga 10%.

LOW BOOKING - ada sahaja booking 1%, ada juga RM1k dan ada juga yg tidak memerlukan anda meletakkan duit booking.

Low Deposit dan Low Booking adalah 'plus point' dalam pembelian sesebuah rumah.

Okay. Back to the main topic pasal full loan. Full Loan bermaksud, anda akan markup loan ketika mohon pinjaman perumahan kepada harga yg jauh lagi tinggi dari harga rumah yg anda beli,bergantung kepada market value/ bank value.

Dan secara tak langsungnya, 10% deposit itu anda dapat absorb ke dalam loan.
Namun, bukan semua kes jual beli boleh terus absorb ye.
Ia haruslah dipersetujui oleh Owner. Andai owner tidak terdesak, ia boleh dirunding antara dua belah pihak. disinilah selalunya Agen Hartanah memainkan peranan kami.

Dalam kes lain, andai Owner memang perlukan 10% sementara menunggu proses jual beli selesai dan duit disburse, buyer wajib ikhtiarkan duit 10% deposit tersebut walaupun anda bercadang untuk markup loan. Itu adalah hak Owner.

Contoh 1:

Harga jual RM225k
Market value RM250k

Loan bank utk rumah pertama dan kedua,anda hanya akan dapat 90% dari market value (bergantung kepada betapa cantiknya document dan kelayakan anda)

Jadi, 90% dari RM250k = RM225k (sama dengan harga jual)
Inilah dikatakan Full Loan.

Ia tidak termasuk charge guaman dan ejen. Itu adalah kos-kos lain yang anda harus ambil kira sebelum membeli hartanah.
----------------------

Contoh 2 (Kes cashback):

Harga jual RM200k
Market value RM250k

Loan yang anda dapat
90% dari RM250k = RM225k (harga loan lebih tinggi dari harga jual hartanah tersebut)

Oleh itu, anda akan ada wang lebihan dari loan mungkin untuk cover kos-kos lain.

RM225k - RM200k = RM25k!

Cash dalam tangan sebanyak RM25k.

So,inilah serba sedikit info berkaitan Full Loan.

Boleh share jika rasa ia bermanfaat.

Kredit to JOHOR PropHartanah